PENGERUSI: EN. BADARUDDIN BIN MASNUN
TIM. PENGERUSI: EN. BACHO BIN ABDUL KARIM
SETIAUSAHA KEHORMAT: EN. NOR ANASFAHMI MOHD ANAS
PEN. SETIAUSAHA KEHORMAT: CIK SHARIFAH SHAFIDA SYED MOHD NOR
BENDAHARI (MEMANGKU) :EN. MUHAMMAD NASIR AZIZ
AJK PUSAT
TN.HJ MOHD RAZALI ABDUL MAJID
EN. SHAMSHUHARDI BASIR
PN. ZURIANI MHD ZAKARIA
EN. MOHD AZLAN MOHD RAZALI
EN. AZMEER HUSAIN ABDUL AZIZ
TN.HJ. JAMALUDIN OTHMAN
EN. AZMI KHAIRI ZAININ
EN. M BALAMUTHU
PN. NASRAH BADRI
EN. MUHAMMAD NASIR AZIZ
EN. HISYAMUDDIN MOHD HASSAN
EN. AZRAF AZMI
CIK MASNUDIAH ABDULLAH
EN. ABDUL KARIM MHD SARIF
Aktiviti-Aktivti Persatuan akan datang….
1)Seminar EXEC-MEF pada 22 Feb 2011 (Kuching) dan 24 Feb 2011 (Kota Kinabalu)
2)Majlis Makan Malam EXEC Bersama YBhg. Dato’ Mohd Shukor b. Hj Mahfar – 4 Mac 2010
3)Bual Bicara Bersama YBhg. Tan Sri KSN
Kandungan Buletin 1/2011
1) SURAT PEMBATALAN PENUBUHAN PERSATUAN OLEH PENDAFTAR JABATAN PENDAFTAR PERTUBUHAN MALAYSIA(ROS).
2) SEMINAR PERCUKAIAN KEPADA MAJIKAN ANJURAN EXEC-MEF.
3) MESYUARAT PENGURUSAN ATAS (MPA) DI THE LEGENDS HOTEL PADA 5-7 JANUARI 2011 .
4) INTIPATI MESYUARAT BERSAMA LEMBAGA : PADA 26-28 JANUARI 2011 DI PROMENADE HOTEL KOTA KINABALU.
5) TAKLIMAT DAN PROMOSI KEAHLIAN PERSATUAN EXEC DI PEJABAT PENGARAH NEGERI DAN CAWANGAN.
1) SURAT PEMBATALAN PENUBUHAN PERSATUAN OLEH PENDAFTAR JABATAN PENDAFTAR PERTUBUHAN MALAYSIA(ROS).
i) Persatuan telah menerima surat tunjuk sebab daripada Pendaftar Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS)bertarikh 13 Disember 2010 bagi tujuan pembatalan penubuhan Persatuan Pegawai Eksekutif Hasil Dalam Negeri Malaysia kerana telah bersegaja mencampuri peranan Kesatuan dan melanggar Fasal 21.5 Undang-Undang Perlembagaan Persatuan. Surat ini adalah tindakan susulan ROS setelah menerima aduan dari pihak Kesatuan.
ii) Satu perjumpaan di antara Exco Persatuan dengan YBrs. Tn. Hj. Fison Bin Hj. Yahaya, Timbalan Pendaftar Pertubuhan Malaysia telah diadakan pada 21 Disember 2010 Ddi ibu pejabat ROS bagi mendapatkan kertas pertuduhan dan seterusnya memberi penjelasan akan tuduhan yang dilemparkan kepada Persatuan. YBrs. Tn. Hj Fison berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh pihak Persatuan dan beliau juga menjelaskan bahawa Persatuan boleh memberikan cadangan dan pandangan kepada pihak majikan berhubung isu-isu yang melibatkan kepentingan dan kebajikan pegawai di Jabatan selagi ianya tidak melanggar peraturan dan Akta Pertubuhan. Beliau juga memberikan beberapa contoh Persatuan Pegawai yang sama seperti EXEC iaitu Persatuan Pegawai Kanan Kastam (PERKASA) yang bergiat aktif di dalam menjaga kepentingan dan kebajikan ahli mereka. Sehubungan dengan itu YBrs. Tn. Hj Fison meminta supaya Persatuan menulis surat jawapan tunjuk sebab seperti penjelasan yang diberikan untuk membolehkan pihak beliau menarik balik surat pembatalan penubuhan persatuan bertarikh 13 Disember 2010. Surat jawapan tunjuk sebab telah dikemukakan ke Pejabat Pendaftar Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia pada 2 Januari 2011.
iii) Pihak ROS berharap isu Persatuan dan Kesatuan dapat diselesaikan secara dalaman oleh pihak Pengurusan LHDNM tanpa perlu membawa kepengetahuan pihaknya. Ini kerana isu yang dipertikaikan adalah lebih bersifat salah faham dan tidak melibatkan pelanggaran Akta Pertubuhan dan Perlembagaan Persatuan.
iv) Alhamdulillah, Pihak Persatuan berjaya menyelesaikan isu dengan cara berhemah dengan pihak ROS dan berharap agar aduan seumpama ini tidak berlaku lagi pada masa akan datang.
2) SEMINAR PERCUKAIAN KEPADA MAJIKAN ANJURAN EXEC-MEF
TARIKH Lokasi Seminar
13 Januari 2011 Holiday Villa Subang Jaya Selangor
25 Januari 2011 The Gurney Hotel and Resort, Pulau Pinang
27 Januari 2011 The Puteri Pacific Hotel Johor Bahru
22 Februari 2011 Revirside Majestic Hotel Kuching
24 Februari 2011 Promenade Hotel, Kota Kinabalu
Pada tahun 2011, Persatuan sekali lagi telah mengadakan kerjasama dengan Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) untuk mengadakan 5 siri seminar di Semanjung, Sabah dan Sarawak. Maklumat Seminar adalah seperti berikut-
Perasmian seminar ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Dr. Mohd Shukor b. Hj Mahfar Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) LHDNM pada 13 Januari 2011 di Holiday Villa Subang Jaya. YBhg. Dato’ CEO berharap jaringan kerjasama ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan program pendidikan kepada majikan dapat diperluaskan. Penyertaan seminar di Holiday Villa di hadiri oleh seramai 244 orang peserta.
3) MESYUARAT PENGURUSAN ATAS (MPA) DI THE LEGENDS HOTEL PADA 5-7 JANUARI 2011
Buat julung kalinya Persatuan dan Kesatuan-kesatuan di LHDNM di jemput sebagai pemerhati di dalam Mesyuarat Pengurusan Atasan (MPA) yang di adakan pada 5-7 Januari 2011 di The Legends Hotel, Kuala Lumpur. YBhg. Dato’ Dr. Mohd Shukor b. Hj. Mahfar Ketua Pegawai Eksekutif Hasil Dalam Negeri menjelaskan bahawa tujuan pihak pengurusan LHDNM membawa masuk Persatuan dan Kesatuan bersama-sama di dalam MPA adalah untuk memberi pendedahan kepada pihak Persatuan dan Kesatuan berkenaan perjalanan MPA dan bagaimana strategi serta perancangan dibincang di dalam MPA. Di samping itu, ia juga sebagai satu plaftform untuk Persatuan dan Kesatuan bekerja rapat dan bersama-sama dengan pihak pengurusan mencapai misi dan visi yang telah ditetapkan. Di dalam MPA Persatuan EXEC diwakili oleh saudara Pengerusi dan Setiusaha Kehormat.
Diharap semua ahli dapat menyelami dan memahami akan keynote address yang disampaikan oleh YBhg. Dato’ CEO semasa MPA ini yang mana telah pun diemailkan kepada semua warga Hasil. Pihak Persatuan akan sentiasa menyokong penuh semua agenda yang bakal dilaksanakan oleh YBhg. Dato’ CEO ke arah melahirkan organisasi yang cemerlang, dinamik dan disegani oleh pihak dalam dan luar LHDNM.
4) INTIPATI MESYUARAT BERSAMA LEMBAGA : PADA 26 – 28 JANUARI 2011 DI PROMENADE HOTEL KOTA KINABALU
Intipati berkaitan dengan pegawai eksekutif iaitu-
i) Pelarasan Gaji 2010
YBhg, Dato’ Dr. Siti Mariam Bt Che Ayub TKP (Operasi Percukaian) telah memaklumkan bahawa cadangan pelarasan gaji 2010 telah diluluskan oleh Ahli Lembaga Pengarah (BOD) LHDNM yang dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Dr. Wan Abdul Aziz bin Wan Abdullah, Pengerusi BOD merangkap Ketua Setiausaha Perbendaharaan Malaysia pada pertengahan Januari 2011. Kertas Kerja Pelarasan Gaji 2010 telah diangkat untuk kelulusan MOF dan Menteri Kewangan. Cadangan pelarasan gaji 2010 adalah seperti berikut-
Tempoh Perkhidmatan Peratus Pelarasan Gaji
Kurang 3 tahun 30%
Lebih 3 tahun 35%
Asas Cadangan Pelarasan Gaji adalah seperti berikut-
a) Perbandingan Saraan Gaji LHDNM dengan Pasaran Di Malaysia
LHDNM telah mendapatkan bantuan daripada Hay Group Consultant untuk tujuan kajian ini. Hay Group Consultant adalah sebuah syarikat penyelidik yang sering dilantik oleh syarikat-syarikat dan agensi kerajaan berkenaan kajian pasaran gaji di Malaysia. Kajian oleh Hay Group adalah dengan membandingkan saraan gaji di LHDNM dengan 333 buah syarikat di Malaysia, penemuan kajian mendapati saraan gaji pegawai dan staf di LHDNM adalah jauh lebih rendah berbanding dengan saraan gaji di pasaran terutama bagi peringkat pengurusan atasan.
b) Saraan Gaji LHDNM dan KWSP
Selain itu, perbandingan gaji LHDNM dengan saraan gaji KWSP juga dilakukan dan mendapati gaji pegawai dan staf LHDNM juga jauh lebih rendah berbanding KWSP terutama yang melibatkan pegawai pengurusan atasan.
c) Saraan Gaji LHDNM dan Sistem Saraan Malaysia (SSM) dan “Take Home Pay”
Kajian ini meliputi saraan gaji semua peringkat jawatan di LHDNM dan SSM. Hasil kajian mendapati “Take Home Pay” bagi pegawai dan staf LHDNM adalah lebih rendah berbanding dengan SSM. Peratus “Take Home Pay” adalah berbeza mengikut jawatan di mana “Take Home Pay” peringkat pegawai eksekutif di LHDNM adalah semakin rendah berbanding dengan pegawai di SSM. Ini adalah berpunca daripada elaun-elaun yang dikecualikan daripada cukai di bawah SSM. Ini menjadikan pendapatan yang layak dikenakan cukai bagi pegawai LHDNM adalah lebih tinggi. Perbandingan take home pay dibuat bagi setiap Gred di LHDNM dengan SSM seperti berikut:
Gaji Kasar – Cukai Pendapatan – EPF= %/Gaji Kasar Tahunan.
d) Kadar Inflasi
Faktor inflasi yang memberi kesan ke atas setiap nilai ringgit yang diterima dan menyebabkan kos sara hidup semakin meningkat terutama di kawasan bandar di mana perbelanjaan isu rumah di bandar ialah 27.81 yang menunjukkan peningkatan dari tahun 2004 – 2009. Sehubungan dengan itu faktor ini akan diambil kira bagi penetapan peratusan pelarasan gaji 2010.
Ulasan
Persatuan menyokong penuh cadangan pelarasan gaji 2010 yang telah dibentangkan oleh TKP (Operasi Percukaian) dan pihak Pengurusan LHDNM. Cadangan ini adalah selari dengan hasrat Persatuan untuk membetulkan semula pola pelarasan gaji yang berlaku sebelum ini dan ianya dilihat adalah lebih adil dan saksama untuk semua peringkat perjawatan. Usaha Persatuan yang telah membawa isu pelarasan gaji dan memberikan cadangan serta pandangan kepada pihak pengurusan di dalam beberapa siri pertemuan sebelum ini telah diambil kira dan dipertimbangkan oleh pihak Pengurusan. Pihak Persatuan akan memberikan sokongan penuh dan akan membantu pihak pengurusan ke arah merealisasikan cadangan ini.
ii) Cadangan Penstrukturan Semula LHDNM
a) Mesyuarat berkenaan cadangan agihan 600 perjawatan baru penstrukturan semula LHDNM telah di adakan bersama dengan pihak MOF pada 9 November 2010. Mesyuarat bersetuju memperakukan-
. Cadangan agihan 600 perjawatan.
. Pelaksanaan pengisihan bagi 600 perjawatan secara berperingkat berdasarkan kewangan sedia ada(reserved) dan peruntukan tambahan akan diberikan pada bulan Julai 2011.
. Mengemukakan semula cadangan agihan 600 perjawatan baru secara berperingkat
serta implikasi kewangan yang terlibat kepada MOF.
b) Maklumat cadangan agihan 600 perjawatan baru secara berperingkat serta implikasi kewangan yang terlibat telah dikemukakan kepada MOF dan JPA melalui surat Bil. LHDNM.01/11/(S)/111/1-2007 Klt 19 (13) bertarikh 30 November 2010.
c) Jabatan Kewangan telah memaklumkan, pembiayaan emolument bagi 600 perjawatan baru didahulukan dengan menggunakan Rezab Tunai LHDNM kepada MOF melalui surat LHDNM.01/50.4-10/253/39(77) bertarikh 11 Januari 2011.
d) Mesyuarat bersama dengan MOF pada 17 Janauri 2011, dimaklumkan bahawa MOF telah mengemukakan maklumat/ perakuan peruntukan kewangan 600 perjawatan tersebut kepada Perkhidmatan Awam (JPA).
e) Mesyuarat dimaklumkan bahawa pengisian 600 perjawatan akan bermula pada bulan Mac 2011 secara berperingkat.
Ulasan
Pihak Persatuan akan mendapatkan penjelasan daripada TKP (Pengurusan) berhubung pengisian 600 perjawatan baru sama ada ianya untuk Kumpulan Eksekutif sahaja atau termasuk Kumpulan Sokongan. Di dalam MBL pada 27-28 Oktober 2010, dicadangkan agar pengisian 600 perjawatan ini ditumpukan kepada kumpulan Eksekutif. Ini adalah bersaskan kepada peluang kenaikan pangkat Kumpulan Eksekutif adalah rendah berbanding Kumpulan Sokongan.
iii) Peperikasaan Khas
a) Semasa MBL di Trengganu pada 27 dan 28 Oktober 2010, Mantan CEO selaku Pengerusi MBL, iaitu YBhg. Tan Sri Hasmah Bt Abdullah telah mencadangkan agar satu peperiksaan lanjutan khas diadakan bagi memberi peluang kepada pegawai eksekutif yang telah lama berkhidmat untuk lulus peperiksaan lanjutan tersebut. Mesyuarat telah meminta APM mengadakan kajian lanjut berhubung cadangan tersebut.
b) Di dalam MBL kali ini, Pengarah APM, telah membentangkan hasil kajian ke atas cadangan peperiksaan khas kepada ahli mesyuarat, di mana beliau memaklumkan bahawa cadangan ini sukar dilaksanakan memandangkan terdapat banyak prosedur dan implikasi yang berlaku sekiranya ia dilaksanakan.
c) APM mencadangkan agar syarat kelulusan peperiksaan lanjutan kepada pegawai eksekutif yang telah lama berkhidmat dimansuhkan dan dasar lama peperiksaan yang diamalkan ketika itu digunapakai. Ini bermakna dasar lama yang tidak mensyaratkan peperiksaan lanjutan sebagai syarat lulus dan kenaikan pangkat dilaksanakan.
d) Pengerusi meminta APM mengemukakan kertas kerja cadangan untuk dibentangkan kepada Lembaga Peperiksaan LHDNM untuk kelulusan.
Ulasan:
Cadangan untuk melonggarkan syarat kenaikan pangkat ini telah dicadangkan dan dikemukakan oleh pihak Persatuan ketika Pertemuan Persatuan dengan Mantan CEO iaitu YBhg. Tan Sri Hasmah Abdullah pada 14 September 2009 dan 29 April 2010 sebelum ini. Cadangan asal Persatuan, iaitu agar kenaikan pangkat seorang pegawai hendaklah berdasarkan kertas peperiksaan yang lulus. Sebagai contohnya, sekiranya lulus 2 kertas lanjutan maka pegawai layak kenaikan pangkat ke 7A dan sekiranya lulus 4 kertas peperiksaan lanjutan maka pegawai layak ke Gred 6. Cadangan ini adalah mengikut prinsip kenaikan pangkat di bawah SSM di mana syarat kenaikan pangkat adalah berdasarkan peringkat kelulusan Peperiksaan Tahap Kecekapan (PTK)I, II, III, IV dan V. YBhg. Tan Sri telah bersetuju secara prinsipnya namun memaklumkan kajian lanjut perlu dilakukan. Ketika pertemuan Persatuan bersama Tan Sri pada 19 Oktober 2010. Tan Sri memaklumkan bahawa setiap pegawai perlu lulus peperikasaan lanjutan untuk tujuan kenaikan pangkat. Namun beliau ingin mencadangkan agar satu peperiksaan khas diadakan kepada pegawai yang telah lama berkhidmat. Persatuan bersetuju dengan cadangan tersebut.
iv) Bonus 2010
Cadangan permohonan Bonus 2010 telah dibentangkan kepada Ahli Lembaga Pengarah (BOD) dan diluluskan insentif bonus antara 3 hingga 4 bulan. Kertas Kerja Permohonan Insentif Bonus 2010 telah diangkat kepada MOF dan Menteri Kewangan untuk kelulusan. Permohonan Bonus 2010 adalah berdasarkan kepada Prestasi Pencapaian KPI 2010 LHDNM
berdasarkan 9 Proses Utama LHDNM seperti berikut-
Bil Proses Utama (A) Wajaran Sasaran pada 31/12/2010 Pencapaian pada 31/12/2010 Pencapaian (%) (B) Mata Skor(A)x(B)
1 Kutipan Cukai (Kasar) 20 84.156 bil 86.494 bil 102.77 7 1.4
2 Akaun Belum Terima (ABT) 15 <45% drp ABT pada 1.1.2010 <40.5% drp ABT pd 1.1.2010 110.05 9 1.35
3 Kecekapan Kos Pungutan 5
4 Audit
-Fail Syarikat 5 9% 10.24% 113.78 9 0.45
-Fail Individu 5 13% 17.91% 137.38 9 0.45
-Fail Penggajian 5 17% 22.01% 129.47 90.45
-PCB Majikan 5 8% 8.64% 108.00 9 0.45
5 Siasatan 10 665 kes selesai 769 Kes selesai 115.64 9 0.9
6 Bayaran Balik 10 70% kes selesai 91.74% kes Selesai 131.05 9 0.9
7 Asas Cukai 5 5% naik 6.98 naik 139.60 9 0.45
8 Sistem pemodenan 5 55% e-filing 56.06% e-filing 101.93 7 0.35
9 Modal Insan
-Latihan 5 85% Latihan 95%.00 Latihan 111.76 9 0.45
-Kompetensi 5 30% mencapai 40 jam latihan 58.61% mencapai 40 jam latihan 195.37 9 0.45
JUMLAH SKOR 8.50
Tuntutan Bonus adalah berdasarkan rating pencapaian KPI seperti berikut:
Bil Rating % Pencapaian Sasaran KPI yang Ditetapkan Mata (SKOR) Bonus
1 Very Significantly Higher Than Target Pencapaian melebihi tahap 6% daripada asas sasaran KPI 9 5 bulan dan ke atas
2 Significantly Higher Than Target Pencapaian melebihi tahap 3% hingga 5.99% daripada asas sasaran KPI 8 4 bulan
3 Higher Than Target Pencapaian melebihi tahap 1% hingga 2.99% daripada asas sasaran KPI 7 3 bulan
4 On Target Pencapaian asas sasaran KPI pada tahap 100% 6 2 bulan
5 Lower Than Target Pencapaian kurang tahap 1% hingga 2.99% daripada asas sasaran KPI - -
6 Significantly Lower Than Target Pencapaian kurang tahap 3% hingga 5.99% daripada asas sasaran KPI - -
7 Very Significantly Lower Than Target Pencapaian kurang 6% daripada asas sasaran KPI - -
v) Urusan Kenaikan Pangkat Secara KUP dan Flexigred Kepada Pegawai Eksekutif
a) Kertas kerja cadangan kenaikan pangkat secara KUP sedang di dalam kajian oleh pihak JSM. Sebagai makluman amalan kenaikan pangkat secara KUP bagi kumpulan pegawai yang telah berkhidmat 10 tahun atau lebih dalam skim perkhidmatan semasa di Kastam Diraja Malaysia telah diluluskan oleh JPA justeru asas permohonan kenaikan pangkat secara KUP ke peringkat JPA dilihat akan lebih mudah, memadangkan KDRM telah pun diberi kelulusan pelaksanaannya.
b) YBhg. Dato Seri Abu Bakar Bin Abdullah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) yang juga selaku Ahli Lembaga Pengarah LHDNM telah meminta LHDNM mengemukakan Kerta Cadangan Pelaksanaan Fleksigred di LHDNM untuk kelulusan BOD dan seterusnya MOF/JPA. Kenaikan pangkat secara Fleksigred akan memberi peluang kenaikan pangkat kepada pegawai tanpa menunggu kekosongan perjawatan.
Ulasan.
Cadangan KUP pegawai ini telah dibawa oleh Persatuan semasa kunjungan hormat Persatuan dengan Mantan KPPA YBhg. Tan Sri Ismail Adam pada 20 April 2010. Di mana YBhg. Tan Sri KPPA bersetuju dengan cadangan dan pandangan Persatuan untuk memanjangkan pelaksanaan KUP dari peringkat kumpulan sokongan kepada pegawai eksekutif. Cadangan KUP ini juga telah dibincangkan bersama YBhg. Tan Sri CEO semasa pertemuan Persatuan dengan YBhg. Tan Sri pada 29 April 2010 dan 19 Oktober 2010. Persatuan akan terus mengikuti perkembangan isu KUP ini dengan memberi input dan
cadangan kepada pihak pengurusan agar ianya dapat direalisasikan pada masa akan datang.
vi) Penilaian Prestasi Tahunan
a) Kertas cadangan Pelaksanaan Pembayaran Pergerakan gaji tahunan pada bulan Januari telah dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Perjawatan II Bil. 11/2010. Mesyuarat memutuskan pembayaran pergerakan gaji tahunan pada bulan Januari dilaksanakan mulai Tahun 2012.
b) Penangguhan pelaksanaan gaji tahunan ke Januari 2012 adalah disebabkan oleh beberapa faktor berkaitan gaji yang perlu diambil kira seperti pelaksanaan Opsyen Skim Perkhidmatan LHDNM 2010, Urusan Kenaikan Pangkat KUP kumpulan sokongan, penjumudan skim perkhidmatan pembantu tadbir rendah dan operator mesin prosesan data beberapa
faktor lain lagi.
vii) Elaun Khas Pegawai Audit
Elaun Khas Pegawai Audit telah dibentangkan di dalam MJKP II untuk kelulusan. JPC diminta untuk membuat sedikit penambahbaikan sebelum ianya dibentangkan kepada BOD. YBhg. Dato’ Dr. Siti memaklumkan bahawa kertas cadangan Elaun Khas Pegawai Audit ini akan dibentangkan kepada BOD pada bulan Jun 2011 untuk pertimbangan dan kelulusan.
5) TAKLIMAT DAN PROMOSI KEAHLIAN PERSATUAN EXEC DI PEJABAT PENGARAH NEGERI DAN CAWANGAN
Dalam usaha untuk menjelaskan kewujudan dan peranan Persatuan EXEC kepada semua pegawai eksekutif di LHDNM, beberapa siri taklimat dan promosi keahlian Persatuan telah diadakan antaranya adalah seperti berikut:
Bil Tempat Tarikh
1 Cawangan Melaka 23 Disember 2010
2 Cawangan Negeri Sembilan 23 Disember 2010
3 Cawangan Pulau Pinang 25 Januari 2011
4 Cawangan Kota Kinabalu 26 Januari 2011
5 Cawangan Johor Bahru 27 Januari 2011
Sambutan dan keahlian yang diterima adalah amat menggalakkan dikalangan semua pegawai. Usaha untuk mempromosi dan memberikan penerangan berkenaan peranan Persatuan akan diteruskan dari semasa kesemasa untuk mencapai 80% keahlian di kalangan Pegawai Eksekutif Gred 41 hingga Jusa C sehingga akhir tahun 2011.
MUTIARA KATA
" Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji."